KARMA

Aku speechless. Kalau aku kata aku sedih, aku tak tahu sebab apa untuk aku sedih. Untuk apa aku bazirkan air mata. Kalau kata aku gembira, kenapa aku tak boleh gelak sakan macam selalu. Aku tak tahu apa yang bermain dalam hati aku. Aku rasa sunyi. Hari hari aku tak macam selalu yang aku lalui dulu. Untuk aku gembira macam dulu, susah. Kenapa? Aku ada buat salah ke? Aku ada sakitkan hati orang ke? Kenapa susah sangat aku nak jumpa kebahagian yang aku cari? Aku berdosa ke? Pada siapa aku berdosa? Hati mana yang terguris kerana aku? Aku bersalah. Banyak hati aku permainkan. Banyak hati yang aku lukakan. Banyak hati yang menyumpah aku. Aku sedar, aku selalu tinggalkan orang hadir dalam hidup aku tanpa sebarang kata ataupun alasan. Aku datang bila aku suka, dan aku pergi bila aku bosan. Itu la aku. Susah untuk aku benar2 terima orang dalam hidup aku. Aku minta maaf kepada hati yang selalu aku sakiti. Aku minta maaf pada hati yang selalu aku permainkan. Andai benar ini adalah balasan buat aku, aku terima andai kau rasa bahagia dengan keadaan aku yang begini.

Comments

Popular Posts